RESULT SPM !!!

Assalammualaikum...

Baiklah harini saya nak share sikit dengan pembaca. Actually, saya merupakan lepasan spm 2017. Haaaa mesti semua tertanya tanya kan ? berapa result saya ?masa nak amik tu ya ALLAH berdebar sungguh hanya tuhan sahaja yang tahu.


Haa ni masa nak ambil result. 

Alhamdulillah.. result biasa biasa je. Hanya redha dengan ketentuannya. Haa meh saya tunjukkan.


Saya dapat 6A 5B je.. hukhuk 😭😭😭 sama dengan result trial SBP saya 6A 4B 1G hehe yang gagal tu addmath, biasalah kan tapi bersyukur sebab masa spm dapat b. Kalau nak tahu saya ambil aliran sains agama yang mengandungi 11 subjek . Subjek tambahan ialah Pendidikan Quran sunnah, pendidikan syariah islamiah dan bahasa arab tinggi. Adik2 kalau minat nak ambil aliran ni ambil lah, best! tapi kalau tak mampu jangan ambil!! ini AMARAN !!

Nak jadikan cerita, masa tu saya dah tahu awal sebab check online. Masa dapat tahu result saya macam tu nak nangis sebab saya target 8A ke atas. Sepanjang kat dewan saya gagahkan diri saya tanpa menunjukkan kesedihan yang saya alami. Mak pun kata tak apa . ok lah lah tuu. Group whatsupp family semua tanya and mereka semua ucap tahniah.

Lepas jumpa rakan n cikgu semua , kami pun pulang ke rumah. Abah pulang dari kerja terus peluk saya. Sebak wehhhh.

Tiga hari kot nangis sorang sorang kat bilik tapi tak tunjuk kat parents. Steady je hoho. tak tahulah kenapa kan. Tapi alhamdulillah rakan batch saya dan family semua support saya. Mereka kuatkan semangat saya. Mereka kata SPM ni hanyalah permulaan. Terima kasih !!

Berdasarkan kelayakan result spm saya , saya membuat permohonan upu online dengan mengambil course. Jangan lupa untuk buat semaksyarat tau.

  1. Tamhidi pergigian - USIM
  2. Asasi Sains Pertanian - UPM
  3. Tamhidi Perubatan - USIM
  4. Asasi Sains Kesihatan Bersekutu - UIA
  5. Asasi Sains dan Perubatan - UNISZA
  6. Asasi Sains Hayar - UIA
  7. Asasi Bahasa Arab - UIA
  8. Asasi Pengajian Islam dan Sains - UM
haa doakan saya dapat daripada pilihan pertama. AMIN

Haa lupa nak bagitahu. Sebenarnya bagi sesiapa yang mengambil aliran sains agama banyak benefit tau terutama untuk menyambung pengajian di UIAM, USIM dan UNISZA sebab di sana memerlukan kelayakan daripada subjek tambahan yang saya sebutkan tadi.

Matrikulasi juga saya mohon sebagai perancangan kedua jika tidak mendapat tawaran dari IPTA. 

Jadi kepada awak semua yang akan ambil SPM. GOOD LUCK okey !



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH SERAM

ASRAMA