KISAH SERAM

Assalammualaikum

Malam ni saya nak share satu kisah seram yang terjadi pada diri saya sendiri. Perkara ni berlaku ketika saya tingkatan lima. 

Benda ni juga berlaku ketika saya berada di dalam dorm zinnirah. Time tu beberapa pelajar form 5 terlibat untuk ke Program Nadi Kasih di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Disebabkan dorm saya semua form 5, hanya 4 daripada 8 orang yang masih tinggal di dalam dorm zinnirah.

Benda ni terjadi pada waktu malam, biasalahkan cerita seram semua berlaku pada waktu malam. hehe. Pada hari kajadian tu, kitorang form 5 memang penat gila sebab banyak gila class . So malam tu saya memang letih dan tertidur.

Perkara yang diwajibkan kepada kami penghuni asrama sebelum light off ialah membaca surah Al mulk dan doa doa pengiring. Nak dijadikan cerita dorm zinnirah tak baca pun al mulk dan terus tidur (light off).

Ketika pukul 1 pagi tu saya dan dormate semua dah tidur kecuali seorang iaitu babat ( nama panggilan ) , time tu dia dah stay up dan nak tidur. Tiba tiba, babat ternampak pulak satu lembaga hitam ni berdiri sebelah katil saya. Lembaga tu macam tengah buat something kat kaki saya. tapi tak taulah buat apa kan. wallahualam. Katil saya time tu kat sebelah tingkap, katil sebelah jugak kosong dan saya memang dah tidur mati lah. Babat pun ape lagi dalam ketakutan lari keluar dorm dan tumpang tidur dorm lain.

Pada hari esok, nak pergi mandi tiba tiba macam ada lebam kat bahagian kaki , pelik lah jugak takde jatuh semua. So, biarkan jelah.

Beberapa hari kemudian, barulah saya terdengar cerita daripada babat. Time tu terkejut lah jugak dan macam takde perasaan pun ada. I mean bukan nak tunjuk berani tapi memang dah terkedu tak tau nak cakap apa. Takut tu still ada tapi kena berani lah jugak kan.

Semenjak dari tu kitorang satu dorm tak tinggal baca al mulk dan buat perkara2 yang sepatutnya sebelum tidur seperti ambil wudhu, baca doa, ayat kursi dan tiga kul. Tidak lupa juga untuk mengamalkan ayat ni sebagai pelindung daripada jin dan syaitan. In Shaa Allah.

Image result for lau anzalna hadzal quran ala jabalin

 lagi satu, nasib baik lah tak tersedar masa malam tu kalau tak? tak taulah...

Comments

Popular posts from this blog

RESULT SPM !!!

ASRAMA