ASRAMA
Assalammualaikum,
Hai !! hari ini saya nak cerita sikit pengalaman sepanjang berada di asrama as sakinah selama LIMA tahun tau. Sebelum tu bagi sesiapa yang nak mohon asrama penuh, masa UPSR tu buat lah betul2 eh. Tak pun masa PT3. Alhamdulillah time UPSR 2012 tu saya peroleh 5A . Jadi saya mohon lah Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar , dekat je dengan rumah..Hehe untung tak?
Jadi, masa pendaftaran tu saya dapat dorm MEDSA 3 iaitu rumah hijau (Form 1 - Form 4). Paling untung dorm tu tingkat bawah sekali dan tepi pintu masuk 😅😅😅so tak payah susah nak angkut semua barang. hoho
Haa ni lah ahli dorm MEDSA 3 . Semua sporting and kakak dorm semua baik baik belaka. Tetiba ada botol sos pulak kat depan tu .
Ni dormmate saya. Dari kiri tu Mardiah and kanan pulak Pieya. Gambar ni diambil masa jamuan dorm dan saya DIWAJIBKAN memakai costume witch. Kitorang agak rapat lah jugak. Selalu gossip2 haha. Rindu korang.
Selama 4 tahun di MEDSA 3, terdapat banyak masalah dan cabaran yang perlu saya hadapi. Saya terpaksa bertindak tegas terhadap adik adik dorm saya atas sebab kesalahan yang mereka lakukan. Marah itu tandanya sayang tapi tak lah sampai buli. SIFAR BULI is our tredmark ok!!
Bila dah form 5, saya berpindah ke dorm ZINNIRAH iaitu dorm bagi EXCO TERTINGGI ASRAMA dan HICOM . Dorm tu tingkat paling atas sekali haa amek kau. Senang cerita saya dilantik untuk menjadi KETUA ASRAMA ASPURI. Setiap pagi sebelum ke perhimpunan dan setiap petang sebelum ke surau saya akan menjerit "Aspuri sila kosongkan asrama sekarang" dah jadi rutin harian dah hehe. Ingat senang ke nak jadi pemimpin ni susah tau lagi lagi nak bahagikan masa dengan belajar, sport dan jawatan. Penat wuu. Lebih teruk lagi bila ada yang tak suka kita tapi sepanjang saya menjadi seorang pemimpin alhamdulillah warga aspuri semua bekerjasama dengan saya.
Apa yang saya lakukan sepanjang menjadi seorang KA ?
- Jerit kosongkan asrama
- Checking asrama dan dorm pastikan bersih bersama HICOM
- Setiap pagi jumaat kene pastikan warga aspuri buat gotong-royong
- Header for IFEST dan hari terbuka asrama
- Memastikan file EXTIMA di bawah saya lengkap sebab nanti kene marah dengan cikgu Yazid (PKHEM)
- Sepatutnya kena head for AAT ( Anugerah Asrama Terbilang ) tapi tahun saya pegang jawatan tu tak masuk sebab dah selalu menang. hehe. Alhamdulillah
- Setiap pagi sabtu wajib handle perhimpunan asrama dan kene bercakap serba sedikit di hadapan semua pelajar.
- Menghadiri progam COC ( Coach of Coordinating ) for EXTIMA di sekolah menengah sains batu rakit
Haa banyak annn kerja. Tapi takpe seronok tau kalau kita buat kerja dengan ikhlas dan amanah.
Meh saya nak share gambar2
dari kiri INTAN QAMARINA ( SU EXTIMA ) , saya, Cikgu hajar, RAZIQ AZMI ( KETUA ASPURA ) , NAIM ( SU EXTIMA ) |
Grand Dinner |
haa ni EXTIMA dan HICOM merangkap ahli dorm zinnirah |
haa ni semua ada EXTIMA DAN HICOM aspura-aspuri |
Comments
Post a Comment