ATLET ??
Assalammualaikum...
Baiklah harini nak share sikit tentang atlet. Haa kenapa ye? saya seorang atlet ke? hummm
Kalau nak tahu masa zaman sekolah rendah saya tak suka sport or apa2 sukan lah. Setiap kali olahraga saya hanya menyertai perbarisan je. Sebab apa ? Sebab masa tu lembik kot lagi pun suka main indoor je macam catur dan dulu2 acah jadi ulat buku jap. hehe
Haa langkah je ke alam sekolah menengah pula tiba tiba terjebak dengan sukan hoki sebab kat sekolah saya merupakan kebitaraan hoki dan memiliki court. Cikgu pun ajak masuk, so apa lagi join ahh.. tapi lama lama minat nak bermain tu makin mendalam pulak makin suka nak main. Setiap riadah petang takkan miss pergi latihan hoki. Lagipun hoki di sekolah sangat aktif.
Setiap petang macam dah menjadi kewajipan untuk turun court especially bila nak game. Penat tu memang penat tapi bila suka takkan rasa penat tu. Target utama kami sebenarnya dalam Kejohanan HKSBP. Dalam game tu nak menang agak susah tapi alhamdulillah tahun 2018 adik adik hoki saya berjaya pecahkan rekod iaitu naib johan HKSBP kebangsaan di perak. Time aku keluar lahh diorang baru perform adoaiii..
RPS hoki tournament |
Apa yang penat sangat main hoki ni? hukhuk penat wehh. Bila nak dekat game, kitorang 5 hari dalam seminggu kena lari pagi wehh. Lepas solat subuh zuppp terus turun court larii yeaaa. Sebab nak tingkatkan stamina. Kalau time riadah pulak training tu memang cikgu push gila kitorang. Nak menang kan?
Position?
- foward pernah
- defend pernah
- half pernah
- midfield pernah
semua pernah lah senang cerita. Tapi position yang paling saya suka ialah midfield. pemain midfield ni sebenarnya penat sebab semua position dia kene support dan memerlukan stamina yang kuat untuk bertahan lama di padang terf.
Time form 5 saya dilantik sebagai captain hoki sekolah.. uyo. sebab tu lah sampai sekarang saya still ambil port pasal hoki sekolah.
ni time open SRI PUTRI |
Dah tak terkira games hoki yang saya sertai sehinggakan parents saya suruh stop .huhu .ok sat ni game saya yang terakhir iaitu HKSBP kebangsaan. Nak focus spm pulak ok. Terima kasih kepada coach kesayangan saya iaitu Cikgu Shmsuddin, Cikgu syafiq dan pengurus Frau najihah.
Pernah injured tak?
Mesti lah pernah paling teruk masa tersadung kat court.. court tauu bukan padang terf.. tersadung tu sebab terpijak stick. sakit kot !! time tu bibir bahagian dalam luka ngan tangan. lagi? masa kat padang terf , bola hitiing dari pihak lawan terkena kt bahagian dada. Bola kalau hit memang kuat Allahu.. senak japp.. Lepastu kat bahagian kaki lebam paling teruk dan besar gila sebab kene pukul dengan stick. time tu sebab pakai shinguard tak betul kot...tapi alhamdulillah tak kene kat bahagian mata lagi.. sangat bersyukur..
ni chui peneman setia hoki yang masih bertahan, lastman ok tere aww |
Acara apa saya masuk?
- 1500m
- 800m
- 400m
- 4x400m
semua long distance. Nampak tak di situ daripada kaki bangku sehinggalah kaki lari . kaki lari? ade ehh.. ok lupakan.
ingat saya masuk tak menang ke? mestilah menang, dapat emas or gangsa tapi peringkat sekolah lah. Peringkat daerah paling terbaik pun no.4 je hahaha. laju lah diorang. Time tu acara 1500m. tetapi 4x400m dapat gangsa.. ok lahh kan?
ni acara 400m dapat perak |
![]() |
ni 4x400m daerah dapat gangsa |
okey, inilah sport yang saya ceburi masa sekolah menengah 😉😉😉Awak pula?
Comments
Post a Comment