KECEMASAN !!

Assalammualaikum...

Hari ni saya nak cerita pengalaman cemas semasa tingkatan 4.. Apa yang cemas sangat ni?

Nak tau? hahaha bila ingat balik kelakar wehhh.. sebab pengsan dalam kelas. Benda ni berlaku time kat kelas 4 itqan dan sedang belajar subjek bahasa arab.

Nak dijadikan cerita, hampir tiga hari saya demam, hari yang saya pengsan tu memang dah rasa sihat so, acah kuat lah kan nak pergi kelas. Kelas time tu pulak kelas memang kat tingkat 4..fuhh

Bila dah masuk kelas tu rasa ok jelah tetapi bila kelas bahasa arab, masa tu pulak ustazah yang mengajar tu,dia cikgu sementara je sebab ustazah yang asal tengah bersalin.

Time ustazah tengah mengajar, saya dah start tak boleh focus dan tetiba rasa seram sejuk.. lantas saya pegang deskmate saya ain athirah.Saya kata kat ain, "Ain!! pening.. mata dah tak nampak". Ain pun cakap "Hazirah!! muka awak pucat sangat ni.." Pastu saya cakap kat ain " Ain cakap dengan ustazah saya nak ke tandas" sebab mas tu nak cakap pun tak larat. Tak sempat pun ke tandas, kat tempat duduk saya sendiri dah rebah..dah nak jatuh dari kerusi.. tapi nasib baik ain dan ayuni tak silap dah pegang saya..Ustazah apa lagi dah lah cikgu baru lagi rasa panikkan..huhu..ustazah pun suruh diorang papah saya pergi bilik guru. Antara yang papah saya, ain,ayuni,wanie dan syadiyah.

Bayangkan diorang papah saya dari tingkat 4 sampai nk turun bawah.. tapi akhirnya diorang sangkut kt floor 2 sebab tak larat.. saya berat kot hahahha.

Nasib baik masa tu ade kelas pj kat dataran. Alang alang cikgu sudin pun ada ( coach hoki saya) diorang panggil lah cikgu tu.. Akhirnya cikgu angkat saya terus masuk ke dalam kereta tc aini.. zuppp pergi ke hospital . masa tu yang ikut saya syadiyah..  TQ syadyy..

Masuk hospital je kene masuk air.. time masuk air baru sedar.. Sedar sedar mak abah dah ade kat sebelah.. nasib baik takde penyakit lain. Alhamdulillah.. so apa lagi.. cuti amek mc dua hari bali rumah hoho.

Sejak daripada tu saya search everything based on my situation how to solve it bila nak pitam.. so caranya

Baringkan orang yang nak ptam tu dengan syarat kepala kita sama aras dengan badan means tak perlu bantal sebab time nak pitam tu darah tak sampai ke otak sebab tu seram sejuk je kan.. haa lepas dah buat semua tu kembali ok seperti biasa..tapi kalau lebih teruk keadaannya pergilah hospital terus !!

Comments

Popular posts from this blog

RESULT SPM !!!

KISAH SERAM

ASRAMA