Posts

Showing posts from April, 2018

KECEMASAN !!

Assalammualaikum... Hari ni saya nak cerita pengalaman cemas semasa tingkatan 4.. Apa yang cemas sangat ni? Nak tau? hahaha bila ingat balik kelakar wehhh.. sebab pengsan dalam kelas. Benda ni berlaku time kat kelas 4 itqan dan sedang belajar subjek bahasa arab. Nak dijadikan cerita, hampir tiga hari saya demam, hari yang saya pengsan tu memang dah rasa sihat so, acah kuat lah kan nak pergi kelas. Kelas time tu pulak kelas memang kat tingkat 4..fuhh Bila dah masuk kelas tu rasa ok jelah tetapi bila kelas bahasa arab, masa tu pulak ustazah yang mengajar tu,dia cikgu sementara je sebab ustazah yang asal tengah bersalin. Time ustazah tengah mengajar, saya dah start tak boleh focus dan tetiba rasa seram sejuk.. lantas saya pegang deskmate saya ain athirah.Saya kata kat ain, "Ain!! pening.. mata dah tak nampak". Ain pun cakap "Hazirah!! muka awak pucat sangat ni.." Pastu saya cakap kat ain " Ain cakap dengan ustazah saya nak ke tandas" sebab mas tu n...

AURAT KITA

Assalammualaikum... Hari ni saya nak share kat korang semua berkenaan dengan aurat. Seperti yang kita tahu, islam telah mewajibkan umatnya untuk menutup aurat baik lelaki mahupun wanita. Secara umum aurat lelaki daripada pusat hingga ke bawah lutut manakala aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan hadis rasulullah S.A.W : Ketika Asma binti Abu Bakar berjumpa dengan baginda, baginda bersabda "Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh, maka tidak boleh baginya menampakkan anggota badannya kecuali ini dan ini ( sambil baginda menunjukkan muka dan telapak tangannya ) - HR Abu Daud haa hadis dan dalil pun menyuruh kita untuk menutup aurat tapi apakan daya manusia kini hanya mengikut peredaran zaman. Pada pendapat saya, boleh je nak ikut trend pakaian sekarang cuma jagalah 3L ni iaitu legap, labuh dan longgar. Kalau berhijab tu pastikan tudung melepasi bahagian dada tak kisah lah guna tudung bidang 45...

PERKARA PALING MEMALUKAN

Image
Assalammualaikum, hari nak cerita sedikit pengalaman yang teramat memalukan yang boleh dijadikan iktibar kepada semua pembaca. Kisahnya berlaku ketika saya melibatkan diri dalam program ADDMATH yang dianjurkan oleh SBP Johor. Setiap sekolah dalam 20 pelajar yang pergi. Masa tu saya ditempatkan di Group 1 , kiranya dok paling depan sekali lah dalam dewan.                              Haa budak perempuan ramai an. Budak laki sikit je.  Nak dijadikan cerita masa tu da siap semua soalan yang penganjur sediakan dan tinggal nak buat presentation dekat group masing masing. Kebetulan saya dapat satu soalan dan perlu bentang .soalan tu tak lah susah pun tapi tak ingat soalan yang macam mana . Dengan rasa beraninya pergilah kat depan whiteboard kecil. Tulis soalan pastu terus buat jalan kerja. Tiba-tiba, ada seorang cikgu sekolah mana tah jerit "oii!! apa yang awak ajar tadi, awak salah konsep, s...

KISAH SERAM

Image
Assalammualaikum Malam ni saya nak share satu kisah seram yang terjadi pada diri saya sendiri. Perkara ni berlaku ketika saya tingkatan lima.  Benda ni juga berlaku ketika saya berada di dalam dorm zinnirah. Time tu beberapa pelajar form 5 terlibat untuk ke Program Nadi Kasih di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Disebabkan dorm saya semua form 5, hanya 4 daripada 8 orang yang masih tinggal di dalam dorm zinnirah. Benda ni terjadi pada waktu malam, biasalahkan cerita seram semua berlaku pada waktu malam. hehe. Pada hari kajadian tu, kitorang form 5 memang penat gila sebab banyak gila class . So malam tu saya memang letih dan tertidur. Perkara yang diwajibkan kepada kami penghuni asrama sebelum light off ialah membaca surah Al mulk dan doa doa pengiring. Nak dijadikan cerita dorm zinnirah tak baca pun al mulk dan terus tidur (light off). Ketika pukul 1 pagi tu saya dan dormate semua dah tidur kecuali seorang iaitu babat ( nama panggilan ) , time tu dia dah stay up da...

ATLET ??

Image
Assalammualaikum... Baiklah harini nak share sikit tentang atlet. Haa kenapa ye? saya seorang atlet ke? hummm Kalau nak tahu masa zaman sekolah rendah saya tak suka sport or apa2 sukan  lah. Setiap kali olahraga saya hanya menyertai perbarisan je. Sebab apa ? Sebab masa tu lembik kot lagi pun suka main indoor je macam catur dan dulu2 acah jadi ulat buku jap. hehe Haa langkah je ke alam sekolah menengah pula tiba tiba terjebak dengan sukan hoki sebab kat sekolah saya merupakan kebitaraan hoki dan memiliki court. Cikgu pun ajak masuk, so apa lagi join ahh.. tapi lama lama minat nak bermain tu makin mendalam pulak makin suka nak main. Setiap riadah petang  takkan miss pergi latihan hoki. Lagipun hoki di sekolah sangat aktif. Setiap petang macam dah menjadi kewajipan untuk turun court especially bila nak game. Penat tu memang penat tapi bila suka takkan rasa penat tu. Target utama kami sebenarnya dalam Kejohanan HKSBP. Dalam game tu nak menang agak susah tapi alha...

ASRAMA

Image
Assalammualaikum, Hai !! hari ini saya nak cerita sikit pengalaman sepanjang berada di asrama as sakinah selama LIMA tahun tau. Sebelum tu bagi sesiapa yang nak mohon asrama penuh, masa UPSR tu buat lah betul2 eh. Tak pun masa PT3. Alhamdulillah time UPSR 2012 tu saya peroleh 5A . Jadi saya mohon lah Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar , dekat je dengan rumah..Hehe untung tak? Jadi, masa pendaftaran tu saya dapat dorm MEDSA 3 iaitu rumah hijau (Form 1 - Form 4). Paling untung dorm tu tingkat bawah sekali dan tepi pintu masuk 😅😅😅so tak payah susah nak angkut semua barang. hoho Haa ni lah ahli dorm MEDSA 3 . Semua sporting and kakak dorm semua baik baik belaka. Tetiba ada botol sos pulak kat depan tu . Ni dormmate saya. Dari kiri tu Mardiah and kanan pulak Pieya. Gambar ni diambil masa jamuan dorm dan saya DIWAJIBKAN memakai costume witch. Kitorang agak rapat lah jugak. Selalu gossip2 haha. Rindu korang.  Selama 4 tahun di MEDSA 3, terdapat banyak masalah...

RESULT SPM !!!

Image
Assalammualaikum... Baiklah harini saya nak share sikit dengan pembaca. Actually, saya merupakan lepasan spm 2017. Haaaa mesti semua tertanya tanya kan ? berapa result saya ?masa nak amik tu ya ALLAH berdebar sungguh hanya tuhan sahaja yang tahu. Haa ni masa nak ambil result.  Alhamdulillah.. result biasa biasa je. Hanya redha dengan ketentuannya. Haa meh saya tunjukkan. Saya dapat 6A 5B je.. hukhuk 😭😭😭 sama dengan result trial SBP saya 6A 4B 1G hehe yang gagal tu addmath, biasalah kan tapi bersyukur sebab masa spm dapat b. Kalau nak tahu saya ambil aliran sains agama yang mengandungi 11 subjek . Subjek tambahan ialah Pendidikan Quran sunnah, pendidikan syariah islamiah dan bahasa arab tinggi. Adik2 kalau minat nak ambil aliran ni ambil lah, best! tapi kalau tak mampu jangan ambil!! ini AMARAN !! Nak jadikan cerita, masa tu saya dah tahu awal sebab check online. Masa dapat tahu result saya macam tu nak nangis sebab saya target 8A ke atas. Sepanjang kat dewan...

LOVELY FAMILY

Image
haaaaa ni lah keluarga saya tetapi family belah mak dan abah  lagi besar  . So, kalau kumpul semua sekali memang penuh satu dewan dan maybe tak de ruang pun hehe... Meh saya kenalkan yer Haa ni mak dan abah  . Mereka lahir tahun yang sama 1959. Apa yang saya tahu mak dengan abah ni bercinta selepas nikah haaa sweet tak? hehe . sebelah mak tu abang saya yang keempat. Dia seorang fresh lawyer. Haa jangan memain . Masih belum berkahwin tapi sorry lah dia sudah berpunya. Me ? hoho single but not available lah. Haa ni family akak first  , saya panggil dia kak ina n husband dia abg azam. Memiliki dua orang anak yang cantik dan hensem iaitu Nur Zahirah dan Azim Musyrif . Kak ina merupakan seorang pemilik homestay. jadi sesiapa yang nak menempah homestay di Mersing boleh lah rojer ok . Okey yang ni pulak family kakak yang nombor dua iaitu kak yani dan abg asrin. Berdasarkan gambar ada tiga budak lelaki yang sangat nakal fuhhhh tapi nasib baik comel...

WELCOME TO MY BLOGGER

Image
My Biodata Assalammualaikum.. Hai !! teruja jap sebab first time belajar buat blog ni hehe. Ok sebelum tu saya nak perkenalkan diri saya dahulu.. NAMA : Hazirah Binti A.Samad  TARIKH LAHIR : 3 Julai 2000 ASAL : Mersing, Johor SEKOLAH : SK Seri Pantai, SM Sains Sultan Iskandar  ANAK YANG KE :  Bongsu daripada 5 beradik HOBI : Main game, hoki (favourite) CITA CITA : Dentist Haa tu jelah setakat ni.. =)